Rabu, 17 April 2013

BERSYUKUR..ALHAMDULILLAH KEPADAMU YA ALLAH SWT

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana memakburkan niat dan hajat buat mereka yang mengalami macam-macam masalah.. sesungguhnya Allah maha mendengar setiap bermasalahan kita dan kita sebagai hamba nya haruslah berusaha untuk mengharungi setiap apa yang berlaku..

KITA HANYA MAMPU BERDOA,BERUSAHA,IKHTIAR DAN TAWAKAL..INSYAALLAH..

[Karier] Kejayaan Kerjaya

Kerjaya adalah merupakan satu karier yang dimiliki oleh individu. Manakala menurut kamus Longman, kerjaya didefinisikan sebagai pekerjaan atau profesion yang telah dilatih dan dilakukan bagi tempoh yang panjang dalam hidup seseorang. Definisi kejayaan kerjaya pula adalah bergantung kepada individu tersebut kerana setiap individu akan mempunyai maksud kejayaan dalam kerjayanya.

Merujuk majalah Nona (1996), dalam memburu kejayaan kerjaya apa yang paling penting ialah wujudnya keberanian dalam diri. Manakala keberanian hanya akan wujud apabila ada keyakinan dalam diri untuk menghadapi masyarakat yang kian terbuka pemikirannya. Kejayaan memerlukan usaha yang berlipat ganda untuk mencapainya. Selain usaha, diri perlu dibekalkan dengan keyakinan untuk merancang dan menyusun strategi kejayaan. Bagi membina keyakinan apa yang diperlukan ialah keterampilan diri atau imej yang boleh dibanggakan untuk menonjolkan kemampuan. Pengalaman dan persekitaran selalunya membentuk pemikiran dan imej diri. Bagaimanapun jangan terlalu membiarkan diri dipengaruhi oleh pengalaman yang negatif kerana ini secara tidak langsung akan membuatkan individu membina imej yang tidak sewajarnya. Malah, terdapat empat peranan individu dalam pengurusan kerjaya mereka yang boleh membantu dalam kejayaan kerjaya mereka iaitu:-

• Penilaian yang positif
• Memenuhi kehendak pengurusan organisasi
• Mengenal pasti keperluan pengembangan kerjaya
• Mengenal pasti arah tuju masa depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan