Isnin, 21 Mac 2016

Fungsi garam aura syifa

Garam Sunnah dan Pengamalannya.


 * Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ). Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari. 

KELEBIHAN GARAM AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN. Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit. 




PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN RESDUNG

Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja... Memandangkan saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah............. Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat  dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh  menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung... Caranya begini lebih kurang:

 1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
 2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 
3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'. 3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.
 4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....
 5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan