Selasa, 25 Mac 2014

Rawatan Mengikut Jenis Penyakit


Apabila anda melakukan sesuatu perubatan , anda harus mengikut setiap aturan yang diberikan , di samping itu anda harus sedar pada perubahan yang anda alami dalam kehidupan anda . Perubahan dari peringkat fizikal merangkumi peningkatan tenaga , minda dan semangat untuk hidup melalui rawatan air dan garam . Lalui dengan penuh kesabaran di samping banyak berusaha dan bertawakal kepada ALLAH untuk mengubati penyakit yang dihidapi. Bersemangatlah dan yakin pada diri anda yang anda mampu sihat kembali .Beritahu keluarga atau rakan anda tentang penyakit anda agar anda diberi sokongan dan galakan untuk hidup . Anda tidak bersendirian dalam kehidupan ini kerana sesungguhnya jika tiada siapa di sisi ingatlah ALLAH sentiasa memahami anda dan DIalah yang akan menyembuhkan penyakit anda . Terus berusaha Jangan Putus Asa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan